Wednesday, 16 April 2014

Ada apa dalam Qamus Digital 2013?

Penggunaan Qamus Digital 2013 adalah ringkas. Hanya klik butang berkaitan untuk melancarkan tugasan anda. Perisian ini memuatkan tiga (3) fungsi utama penggunaan iaitu;

  1. carian makna perkataan.
  2. terjemahan (translator).
  3. semakan ejaan bahasa Melaysia dalam Microsoft Word.
 Setiap fungsi tersebut mempunyai beberapa bahagian dan komponen yang berkaitan.

Jom kenali Qamus Digital 2013.

Bahagian 1: Paparan Utama

Terdapat empat (4) komponen pada bahagian ini:


  1. ruangan menaip perkataan- Perkataan yang perlu dicari makna ditaip di sini.
  1. menu pilihan kamus - pilih kamus yang hendak digunakan.
  1. Translator - Fungsi terjemahan diaktifkan di sini.
  1. Option @ setting- Set penggunaan Qamus Digital 2013 di sini.

Bahagian 2: Option

Semua setting penggunaan Qamus Digital 2013 dilakukan di sini. Terdapat tujuh (7) komponen dalam paparan Option, iaitu:


1.      pilihan pengaktifan Instant Search.
-          aktifkan ’Activate Instant Search’ untuk carian pantas tanpa menaip perkataan.

2.      pilihan pengaktifan Instant Translator.
-          aktifkan ’Activate Instant Translator’ bagi carian pantas terjemahan semudah highlight dan copy teks.

3.      Add/Remove Dictionary
-          menambah kamus baharu atau membuang kamus sedia ada.

4.      Notification Alert
-          pilihan penerimaan update dan pemberitahuan.

5.      Sharing Dictionary Files
-          muat turun atau muat naik fail kamus-kamus tambahan.

6.      Help and Support
-          bantuan teknikal atas talian (online).

7.      App On Top
-          pilihan pengaktifan butang mudah-capai perisian tanpa perlu menutup (close) atau kecilkan (minimize) tetingkap (windows) lain di skrin komputer.


Bahagian 3: Paparan Carian Makna

Terdapat empat (4) komponen di bahagian ini iaitu:


1.      Suggestion- cadangan perkataan pilihan berdasarkan carian pengguna.
2.      paparan hasil carian.
3.      pilihan pengaktifan suara bagi bacaan hasil carian makna.
4.      x-View – paparan muka medium bacaan hasil carian makna.


Bahagian 4: x-View

Terdapat empat (4) komponen di bahagian ini iaitu:



1.Paparan hasil carian makna.- hasil carian makna dipaparkan di sini.

2.Pronounce By- pilihan suara medium bacaan hasil carian makna.

3. Menu bacaan teks.- kawal kelajuan suara medium bacaan.

            4. Menu edit kandungan hasil carian makna - hasil carian makna boleh diedit oleh pengguna.      

            
Bahagian 5: Translator(terjemahan)

Tiga (5) komponen utama dalam fungsi Translator iaitu;




1. Language to Translate- Setiap perisian didatangkan dengan dua (2) pilihan bahasa terjemahan. Sila pilih bahasa yang hendak digunakan.

2. ruangan ayat yang hendak diterjemah.

3. ruangan hasil terjemahan.

4. menu edit kandungan hasil terjemahan - kandungan hasil terjemahan boleh diedit terus di Translator.


5. Multilanguage Translator -  Translator pengeluar mempunyai pilihan kamus/bahasa yang terhad. Bagi memudahkan pengguna, pengeluar menambah butang mudah-capai kepada bantuan terjemahan bahasa-bahasa lain di sini.


** Translator adalah berfungsi secara online. Sila pastikan talian internet terpasang. Hasil terbaik diperoleh sekiranya talian internet dalam keadaan yang terbaik juga.


Activation Key

Cuba semak kotak perisian anda. Setiap pek Qamus Digital 2013 dibekalkan dengan satu (1) Activation Key.



 Apa dia Activation Key?

  1. Satu ciri keselamatan yang melindungi perisian daripada digunakan oleh komputer lain tanpa kebenaran pemilik.

  1. Activation Key dibina dengan sistem keselamatan dan dicetak secara rawak oleh komputer pengeluar perisian.

  1. Setiap Activation Key adalah bersifat individu dan istimewa. Setiap Activation Key hanya dicetak sekali sahaja.

  1. Pengaktifan Activation Key yang sama pada komputer kedua akan menyahaktifkan perisian pada komputer pertama dengan serta merta.

  1. Jika berlaku keadaan seperti perlu format komputer atau menukar komputer baharu, hanya install perisian dan aktifkan semula Activation Key.



Ciri Tambahan Carian Makna


Beberapa ciri tambahan telah dibina bagi memudahkan kaedah carian makna. Ciri-ciri ini juga dikenal pasti dapat membantu anda dengan lebih berkesan.

  1. Medium suara bagi sebutan kamus bahasa Inggeris.

(1)               Aktifkan pilihan suara <Pronounce By>.
(2)               Pilih jenis suara yang hendak digunakan.

Perhatian:
Medium pilihan suara adalah khusus untuk bacaan kamus berbahasa Inggeris. Kamus-kamus lain juga boleh menggunakan medium ini tetapi sebutannya adalah tidak tepat.

 
  1. Ciri kawalan medium suara (x-View).

(1)   Klik x-View bagi paparan kawalan medium suara.

(2)   Pilih jenis suara yang hendak digunakan.

(3)   Kawal kelajuan medium suara di sini. Kawalan ini sangat berguna untuk capaian dapatan makna yang panjang dan terperinci.

  1. Carian makna dalam makna.
Ciri ini membolehkan pengguna membuka pilihan kamus lain selain kamus utama.



(1)   Klik <Option>.

(2)   Pilih kamus yang hendak digunakan.

(3)   Aktifkan pilihan <Activate Instant Search>.


(4)               Highlight perkataan.

(5)               Klik kanan dan copy.

(6)               Dapatan baharu terpapar di sini.


  1. Menu bagi edit dapatan terus melalui perisian.
Dapatan carian makna boleh diedit terus di tetingkap (window) perisian. Anda boleh edit, simpan (save) dan cetak (print) carian anda terus dari sini.


a.       Klik x-View bagi paparan edit.
b.      Menu edit bagi hasil dapatan bagi kegunaan pengguna.
----------------------------------------------------------------------------------------------

Kaedah Pencarian Makna

Kaedah Carian Makna

Terdapat dua (2) kaedah carian makna perkataan:

  1. taipan terus menggunakan keyboard


a.       Taip perkataan yang hendak diketahui maknanya.

b.      Sebagai cadangan, beberapa perkataan terhampir akan tersenarai.

c.       Hasil carian terpapar di sini.


  1. pilihan pengaktifan ‘Instant Search’.



(1)   Aktifkan perisian dan klik <Option>.

(2)   Pilih kamus yang hendak digunakan dan aktifkan pilihan <Activate Instant Search>.

(3)   Highlight dan Copy perkataan yang hendak diketahui maknanya.

(4)   Dapatan akan terpapar di sini.


Tips:

  1. e-Kamus ini adalah bagi penggunaan carian makna perkataan sahaja.
  1. Carian makna menggunakan Qamus Digital 2013 tidak memerlukan talian internet (offline). 

Wednesday, 22 January 2014

Fungsi Terjemahan (Translator)

Fungsi Terjemahan (Translator)

Perisian Qamus Digital 2013 dilengkapi dengan fungsi terjemahan ayat dengan mengguna-pakai perkongsian pangkalan data sumber terbuka bagi memudahkan pemahaman teks di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Cara ini juga membolehkan teks difahami dengan lebih baik.

Fungsi terjemahan ini boleh digunakan pada semua program seperti Microsoft Word, Adobe Reader dan lain-lain program yang membenarkan fungsi ‘copy’.

Jom lihat langkah-langkah penggunaan Translator.

1. Aktifkan fungsi Translator

 
2. Pilih kamus yang hendak digunakan. Buat masa ini, terdapat dua (2) kamus sedia ada dalam fungsi ini.




3. Terdapat dua cara untuk menterjemah.
 i. Taip teks - Taip teks yang hendak diterjemahkan dan klik butang <Translate>.




Langkah-langkahnya:

1.      Taip teks di ruangan atas (1).
2.      Klik <Translate> (2) dan tunggu hingga proses selesai (3).
3.      Lihat hasil terjemahan di ruangan bawah (4).
4.      Klik <Clear> jika ingin membuat terjemahan lain (5).

ii. Copy dan paste teks -     Artikel sedia ada juga boleh diterjemah dengan Translator ini. Semudah copy dan paste!

 

iii. Carian automatik dengan pilihan pengaktifan <Activate Instant Translator>.

Kaedah ini memudahkan fungsi terjemahan. Semudah copy teks dan terjemahan tersedia. Bagaimana? Cuma Klik <Option> dan  Aktifkan <Activate Instant Translator>.




  iii.      Pilih kamus yang hendak digunakan.



 iv.      Copy teks yang hendak diterjemahkan dan dapatkan hasilnya.



Tips Terjemahan

1.      Fungsi Translator (terjemahan) memerlukan talian internet. Talian internet yang baik akan memberikan hasil terjemahan yang baik dan sebaliknya.

  1. Ruangan teks yang hendak diterjemah adalah fleksibel. Ia boleh mengisi satu (1) ayat sehingga satu teks penuh dengan sekurang-kurangnya 10 muka surat. Bagaimanapun, keberkesanan dan ketepatan terjemahan adalah bergantung pada kamus yang dipilih, ketepatan dan had perkataan yang sedia ada dalam database (pangkalan data).

  1. Adalah dinasihatkan supaya meminimakan teks yang hendak diterjemah untuk mendapatkan terjemahan yang baik dan mudah disemak.

  1. Fungsi terjemahan ini telah diuji dan boleh dikatakan memberi terjemahan terbaik tetapi anda dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya bagi mengelakkan kesilapan. Jangan lupa untuk menyemak semula teks yang telah diterjemah.

Tuesday, 7 January 2014

Penyemak Ejaan Bahasa Melayu

Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word
(Malay Spelling Checker in Microsoft Word)


Apa itu Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word?

Qamus Digital 2013 terkandung satu fungsi istimewa iaitu Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word. Fungsi ini merupakan satu kaedah semakan ejaan automatik yang menyerupai semakan ejaan bahasa Inggeris di dalam Microsoft Word. Setiap pengguna yang memasang Qamus Digital 2013 secara automatik akan mendapat fungsi ini.

Bagaimana nak tahu dah install ke belum?

Selepas pemasangan perisian, biasanya satu pertanyaan pengesahan akan diterima pengguna sebaik sahaja Microsoft Word diaktifkan. Sekiranya tiada, fungsi ini tetap ada kerana pemasangannya telah diprogram secara automatik.

Bagaimana hendak semak?

1. Buka Microsoft Word, klik ’Yes’ atau ’Terima’ pada pernyataan penerimaan pemasangan.
2.  Taip satu atau dua perkataan dalam bahasa Malaysia yang salah.
3.  Jika terdapat garisan merah di bawah perkataan tersebut, fungsi tersebut telah pun aktif.

Bagaimana jika pemasangan tidak berjaya?

Sila semak setting Microsoft Word anda. Apa yang perlu disemak adalah seperti berikut:

  1. Pastikan LANGUAGE yang digunakan adalah oleh komputer anda ialah English US.
  1. Semak pada Dictionaries pada MS Office 2007/2010.

    Caranya ialah dengan menekan OFFICE BUTTON (sebelah kiri atas) > Word Options > Proofing > Custom Dictionaries > "Pastikan EBM.dic ada dalam kotak Dictionary List".

    Jika tiada > Add > My Computer > Drive C > Prog Files > QamusDigital > Dictionary > EBM.dic > Open.
  1. Klik OK hingga ia kembali pada MS Word 2007/2010.
  1. Cuba taip ejaan yang salah dalam bahasa Malaysia, lihat hasilnya.

    Sila semak juga bahagian-bahagian ini:
  1. <Word Option>, <Proofing>, <Auto Correction Option>, <Pastikan 'Replace Text as you type' bertanda>.
  1. Unchecked 'Suggest From Main Dictionary Only'.
  1. Word Option > Proofing > unchecked  'Suggest From Main Dictionary Only'.

Selamat mencuba!


--------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan Qamus Digital

Qamus Digital 2013 dan anda!

Qamus Digital 2013 dibangunkan supaya dapat memenuhi kehendak para pelajar dalam pembelajaran. Perisian ini boleh digambarkan sebagai:

  1. mudah,
  2. mesra pengguna, dan
  3. terkini

Beberapa kriteria di bawah boleh menjelaskannya J

1.      Produk stand alone
Pemasangan perisian adalah melalui pemasangan CD atau muat turun tanpa mengganggu perisian lain dalam sistem komputer.

2.      Enjin pencarian berkelajuan tinggi
Pencarian lebih dua juta data dalam masa sesaat. Boleh memuatkan teks yang telah diformatkan,  grafik dan animasi serta bunyi.

3.      Paparan dalam bentuk teks yang diformatkan
Perisian boleh memaparkan kandungan data dalam bentuk teks yang telah diformatkan kepada bentuk Bold, Italic dan sebagainya.

4.      Sistem kemas kini atas talian (online).

5.      Edit kamus sendiri dengan Editor.
Sebarang penambahan perkataan dalam kamus boleh dilakukan dengan program Editor.

6.      Edit dan cetak hasil pencarian

7.      Sistem keselamatan individu
Setiap pek perisian dilengkapi dengan Activation Code (Kod Pengaktifan) yang tersendiri.
           
8.      Terjemahan melalui Desktop Translator.
Membantu pelajar memahami ayat dan teks dalam kedua-dua bahasa (Malay-English dan English-Malay) dengan lebih berkesan.

9.      Semakan ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word.



Lupakan kamus bercetak. Qamus Digital 2013 kan ada J