Tuesday, 7 January 2014

Penyemak Ejaan Bahasa Melayu

Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word
(Malay Spelling Checker in Microsoft Word)


Apa itu Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word?

Qamus Digital 2013 terkandung satu fungsi istimewa iaitu Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word. Fungsi ini merupakan satu kaedah semakan ejaan automatik yang menyerupai semakan ejaan bahasa Inggeris di dalam Microsoft Word. Setiap pengguna yang memasang Qamus Digital 2013 secara automatik akan mendapat fungsi ini.

Bagaimana nak tahu dah install ke belum?

Selepas pemasangan perisian, biasanya satu pertanyaan pengesahan akan diterima pengguna sebaik sahaja Microsoft Word diaktifkan. Sekiranya tiada, fungsi ini tetap ada kerana pemasangannya telah diprogram secara automatik.

Bagaimana hendak semak?

1. Buka Microsoft Word, klik ’Yes’ atau ’Terima’ pada pernyataan penerimaan pemasangan.
2.  Taip satu atau dua perkataan dalam bahasa Malaysia yang salah.
3.  Jika terdapat garisan merah di bawah perkataan tersebut, fungsi tersebut telah pun aktif.

Bagaimana jika pemasangan tidak berjaya?

Sila semak setting Microsoft Word anda. Apa yang perlu disemak adalah seperti berikut:

  1. Pastikan LANGUAGE yang digunakan adalah oleh komputer anda ialah English US.
  1. Semak pada Dictionaries pada MS Office 2007/2010.

    Caranya ialah dengan menekan OFFICE BUTTON (sebelah kiri atas) > Word Options > Proofing > Custom Dictionaries > "Pastikan EBM.dic ada dalam kotak Dictionary List".

    Jika tiada > Add > My Computer > Drive C > Prog Files > QamusDigital > Dictionary > EBM.dic > Open.
  1. Klik OK hingga ia kembali pada MS Word 2007/2010.
  1. Cuba taip ejaan yang salah dalam bahasa Malaysia, lihat hasilnya.

    Sila semak juga bahagian-bahagian ini:
  1. <Word Option>, <Proofing>, <Auto Correction Option>, <Pastikan 'Replace Text as you type' bertanda>.
  1. Unchecked 'Suggest From Main Dictionary Only'.
  1. Word Option > Proofing > unchecked  'Suggest From Main Dictionary Only'.

Selamat mencuba!


--------------------------------------------------------------------------------------------

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya dah cuba cara yang admin bagi..tapi x boleh jugak.. Sebab apa?

    ReplyDelete