Wednesday, 16 April 2014

Ada apa dalam Qamus Digital 2013?

Penggunaan Qamus Digital 2013 adalah ringkas. Hanya klik butang berkaitan untuk melancarkan tugasan anda. Perisian ini memuatkan tiga (3) fungsi utama penggunaan iaitu;

  1. carian makna perkataan.
  2. terjemahan (translator).
  3. semakan ejaan bahasa Melaysia dalam Microsoft Word.
 Setiap fungsi tersebut mempunyai beberapa bahagian dan komponen yang berkaitan.

Jom kenali Qamus Digital 2013.

Bahagian 1: Paparan Utama

Terdapat empat (4) komponen pada bahagian ini:


  1. ruangan menaip perkataan- Perkataan yang perlu dicari makna ditaip di sini.
  1. menu pilihan kamus - pilih kamus yang hendak digunakan.
  1. Translator - Fungsi terjemahan diaktifkan di sini.
  1. Option @ setting- Set penggunaan Qamus Digital 2013 di sini.

Bahagian 2: Option

Semua setting penggunaan Qamus Digital 2013 dilakukan di sini. Terdapat tujuh (7) komponen dalam paparan Option, iaitu:


1.      pilihan pengaktifan Instant Search.
-          aktifkan ’Activate Instant Search’ untuk carian pantas tanpa menaip perkataan.

2.      pilihan pengaktifan Instant Translator.
-          aktifkan ’Activate Instant Translator’ bagi carian pantas terjemahan semudah highlight dan copy teks.

3.      Add/Remove Dictionary
-          menambah kamus baharu atau membuang kamus sedia ada.

4.      Notification Alert
-          pilihan penerimaan update dan pemberitahuan.

5.      Sharing Dictionary Files
-          muat turun atau muat naik fail kamus-kamus tambahan.

6.      Help and Support
-          bantuan teknikal atas talian (online).

7.      App On Top
-          pilihan pengaktifan butang mudah-capai perisian tanpa perlu menutup (close) atau kecilkan (minimize) tetingkap (windows) lain di skrin komputer.


Bahagian 3: Paparan Carian Makna

Terdapat empat (4) komponen di bahagian ini iaitu:


1.      Suggestion- cadangan perkataan pilihan berdasarkan carian pengguna.
2.      paparan hasil carian.
3.      pilihan pengaktifan suara bagi bacaan hasil carian makna.
4.      x-View – paparan muka medium bacaan hasil carian makna.


Bahagian 4: x-View

Terdapat empat (4) komponen di bahagian ini iaitu:



1.Paparan hasil carian makna.- hasil carian makna dipaparkan di sini.

2.Pronounce By- pilihan suara medium bacaan hasil carian makna.

3. Menu bacaan teks.- kawal kelajuan suara medium bacaan.

            4. Menu edit kandungan hasil carian makna - hasil carian makna boleh diedit oleh pengguna.      

            
Bahagian 5: Translator(terjemahan)

Tiga (5) komponen utama dalam fungsi Translator iaitu;




1. Language to Translate- Setiap perisian didatangkan dengan dua (2) pilihan bahasa terjemahan. Sila pilih bahasa yang hendak digunakan.

2. ruangan ayat yang hendak diterjemah.

3. ruangan hasil terjemahan.

4. menu edit kandungan hasil terjemahan - kandungan hasil terjemahan boleh diedit terus di Translator.


5. Multilanguage Translator -  Translator pengeluar mempunyai pilihan kamus/bahasa yang terhad. Bagi memudahkan pengguna, pengeluar menambah butang mudah-capai kepada bantuan terjemahan bahasa-bahasa lain di sini.


** Translator adalah berfungsi secara online. Sila pastikan talian internet terpasang. Hasil terbaik diperoleh sekiranya talian internet dalam keadaan yang terbaik juga.


2 comments:

  1. Assalammualaikum, saya ada mslh untuk download additional dictionaries di laman web topshare.site90.net .Ada cara lain tak untuk sya download file tersebut?

    ReplyDelete
  2. Sy punya cd utk instal di laptop. Ada x cara nk instal di phone?

    ReplyDelete