Wednesday, 22 January 2014

Fungsi Terjemahan (Translator)

Fungsi Terjemahan (Translator)

Perisian Qamus Digital 2013 dilengkapi dengan fungsi terjemahan ayat dengan mengguna-pakai perkongsian pangkalan data sumber terbuka bagi memudahkan pemahaman teks di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris dengan lebih berkesan. Cara ini juga membolehkan teks difahami dengan lebih baik.

Fungsi terjemahan ini boleh digunakan pada semua program seperti Microsoft Word, Adobe Reader dan lain-lain program yang membenarkan fungsi ‘copy’.

Jom lihat langkah-langkah penggunaan Translator.

1. Aktifkan fungsi Translator

 
2. Pilih kamus yang hendak digunakan. Buat masa ini, terdapat dua (2) kamus sedia ada dalam fungsi ini.




3. Terdapat dua cara untuk menterjemah.
 i. Taip teks - Taip teks yang hendak diterjemahkan dan klik butang <Translate>.




Langkah-langkahnya:

1.      Taip teks di ruangan atas (1).
2.      Klik <Translate> (2) dan tunggu hingga proses selesai (3).
3.      Lihat hasil terjemahan di ruangan bawah (4).
4.      Klik <Clear> jika ingin membuat terjemahan lain (5).

ii. Copy dan paste teks -     Artikel sedia ada juga boleh diterjemah dengan Translator ini. Semudah copy dan paste!

 

iii. Carian automatik dengan pilihan pengaktifan <Activate Instant Translator>.

Kaedah ini memudahkan fungsi terjemahan. Semudah copy teks dan terjemahan tersedia. Bagaimana? Cuma Klik <Option> dan  Aktifkan <Activate Instant Translator>.




  iii.      Pilih kamus yang hendak digunakan.



 iv.      Copy teks yang hendak diterjemahkan dan dapatkan hasilnya.



Tips Terjemahan

1.      Fungsi Translator (terjemahan) memerlukan talian internet. Talian internet yang baik akan memberikan hasil terjemahan yang baik dan sebaliknya.

  1. Ruangan teks yang hendak diterjemah adalah fleksibel. Ia boleh mengisi satu (1) ayat sehingga satu teks penuh dengan sekurang-kurangnya 10 muka surat. Bagaimanapun, keberkesanan dan ketepatan terjemahan adalah bergantung pada kamus yang dipilih, ketepatan dan had perkataan yang sedia ada dalam database (pangkalan data).

  1. Adalah dinasihatkan supaya meminimakan teks yang hendak diterjemah untuk mendapatkan terjemahan yang baik dan mudah disemak.

  1. Fungsi terjemahan ini telah diuji dan boleh dikatakan memberi terjemahan terbaik tetapi anda dinasihatkan supaya tidak bergantung sepenuhnya bagi mengelakkan kesilapan. Jangan lupa untuk menyemak semula teks yang telah diterjemah.

Tuesday, 7 January 2014

Penyemak Ejaan Bahasa Melayu

Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word
(Malay Spelling Checker in Microsoft Word)


Apa itu Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word?

Qamus Digital 2013 terkandung satu fungsi istimewa iaitu Semakan Ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word. Fungsi ini merupakan satu kaedah semakan ejaan automatik yang menyerupai semakan ejaan bahasa Inggeris di dalam Microsoft Word. Setiap pengguna yang memasang Qamus Digital 2013 secara automatik akan mendapat fungsi ini.

Bagaimana nak tahu dah install ke belum?

Selepas pemasangan perisian, biasanya satu pertanyaan pengesahan akan diterima pengguna sebaik sahaja Microsoft Word diaktifkan. Sekiranya tiada, fungsi ini tetap ada kerana pemasangannya telah diprogram secara automatik.

Bagaimana hendak semak?

1. Buka Microsoft Word, klik ’Yes’ atau ’Terima’ pada pernyataan penerimaan pemasangan.
2.  Taip satu atau dua perkataan dalam bahasa Malaysia yang salah.
3.  Jika terdapat garisan merah di bawah perkataan tersebut, fungsi tersebut telah pun aktif.

Bagaimana jika pemasangan tidak berjaya?

Sila semak setting Microsoft Word anda. Apa yang perlu disemak adalah seperti berikut:

  1. Pastikan LANGUAGE yang digunakan adalah oleh komputer anda ialah English US.
  1. Semak pada Dictionaries pada MS Office 2007/2010.

    Caranya ialah dengan menekan OFFICE BUTTON (sebelah kiri atas) > Word Options > Proofing > Custom Dictionaries > "Pastikan EBM.dic ada dalam kotak Dictionary List".

    Jika tiada > Add > My Computer > Drive C > Prog Files > QamusDigital > Dictionary > EBM.dic > Open.
  1. Klik OK hingga ia kembali pada MS Word 2007/2010.
  1. Cuba taip ejaan yang salah dalam bahasa Malaysia, lihat hasilnya.

    Sila semak juga bahagian-bahagian ini:
  1. <Word Option>, <Proofing>, <Auto Correction Option>, <Pastikan 'Replace Text as you type' bertanda>.
  1. Unchecked 'Suggest From Main Dictionary Only'.
  1. Word Option > Proofing > unchecked  'Suggest From Main Dictionary Only'.

Selamat mencuba!


--------------------------------------------------------------------------------------------

Pengenalan Qamus Digital

Qamus Digital 2013 dan anda!

Qamus Digital 2013 dibangunkan supaya dapat memenuhi kehendak para pelajar dalam pembelajaran. Perisian ini boleh digambarkan sebagai:

  1. mudah,
  2. mesra pengguna, dan
  3. terkini

Beberapa kriteria di bawah boleh menjelaskannya J

1.      Produk stand alone
Pemasangan perisian adalah melalui pemasangan CD atau muat turun tanpa mengganggu perisian lain dalam sistem komputer.

2.      Enjin pencarian berkelajuan tinggi
Pencarian lebih dua juta data dalam masa sesaat. Boleh memuatkan teks yang telah diformatkan,  grafik dan animasi serta bunyi.

3.      Paparan dalam bentuk teks yang diformatkan
Perisian boleh memaparkan kandungan data dalam bentuk teks yang telah diformatkan kepada bentuk Bold, Italic dan sebagainya.

4.      Sistem kemas kini atas talian (online).

5.      Edit kamus sendiri dengan Editor.
Sebarang penambahan perkataan dalam kamus boleh dilakukan dengan program Editor.

6.      Edit dan cetak hasil pencarian

7.      Sistem keselamatan individu
Setiap pek perisian dilengkapi dengan Activation Code (Kod Pengaktifan) yang tersendiri.
           
8.      Terjemahan melalui Desktop Translator.
Membantu pelajar memahami ayat dan teks dalam kedua-dua bahasa (Malay-English dan English-Malay) dengan lebih berkesan.

9.      Semakan ejaan bahasa Malaysia dalam Microsoft Word.



Lupakan kamus bercetak. Qamus Digital 2013 kan ada J